PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK

šPembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan bahawa proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Jika otak tidak dihalang daripada proses-proses semulajadi berlaku, maka akan berlakulah proses pembelajaran. 
šMenyarankan bahawa proses pembelajaran berlaku mengikut cara otak berfungsi. 
šOtak secara semulajadi dilahirkan untuk belajar dan menyimpan semua pengalaman pembelajaran yang pernah berlaku. 
šBoleh memproses maklumat dalam pelbagai cara antaranya menganalisis, menghurai, membanding, membeza, menghubungkait, menilai, membuat keputusan dan sebagainya.
12 PRINSIP PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK
  1. Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam satu masa.
  2. Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi
  3. Mencari makna secara dalaman
  4. Mencari makna melalui pencorakan
  5. Emosi adalah penting dalam pencorakan
  6. Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak
  7. Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang ditumpukan.
  8. Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar.
  9. Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan rote
  10. Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embedded) dalam spatial memory.
  11. Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan.
  12. Otak adalah unik